Saturday, April 30, 2011

STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT


STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DAN SAHSIAH PELAJAR

1. Sistem Pendaftaran Pelajar

1.1 Sekolah melaksanakan Program Hari Pendaftaran Pelajar secara serentak dari Tahun Satu hingga Tahun Enam.

1.2 Hari Pendaftaran Pelajar dijalankan 2 atau 3 hari sebelum sesi persekolahan sebenar.

1.3 Para pelajar diminta membawa Borang Maklumat Murid dan Borang Maklumat Penjaga semasa hadir ke Hari Pendaftaran pelajar.

1.4 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari Pendaftaran Pelajar adalah seperti berikut :-

1.4.1 Pendaftaran di kelas dengan menyerahkan Borang Maklumat Murid dan Borang Maklumat Penjaga.

1.4.2 Pembayaran Yuran Persekolahan.

1.4.3 Pengagihan Buku Teks.

1.4.4 Taklimat Sistem Pentadbiran Sekolah kepada ibubapa atau penjaga.

1.5 Menggunakan Jadual Kedatangan Sementara sehinga akhir Januari.

1.6 Memasukkan data murid ke dalam Buku Rekod Pendaftaran Sekolah sebelum akhir bulan Februari.

2. Penguatkuasaan Peraturan Sekolah

2.1 Semua pelajar perlu memiliki Buku Peraturan Sekolah.

2.2 Membuat pelantikan Pengawas Sekolah yang terdiri daripada murid tahun 3 hingga tahun 6. 2.3 Bilangan Pengawas Sekolah adalah 8% daripada bilangan keseluruhan pelajar pada tahun semasa.

2.4 Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut :-

2.4.1 Pencalonan dari guru kelas

2.4.2 Temuduga oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah

2.4.3 Kursus Pelaksanaan Tugas dan Tanggungjawab

2.4.4 Tempoh Percubaan sepanjang bulan Januari

2.4.5 Majlis Watikah Pelantikan

2.5 Mengadakan sesi kaunseling khas kepada murid-murid yang sering melanggar peraturan.

STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT

STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DAN SAHSIAH PELAJAR

3. Pelaksanaan Program-Program Kesihatan

3.1 Mempastikan pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan menepati sasaran dan matlamat pelaksanaannya seperti berikut :-

3.1.1 Bilangan murid yang terlibat

3.1.2 Pemilihan murid yang tepat

3.1.3 Penyediaan menu yang berkhasiat

3.2 Mempastikan pelajar menggunakan sepenuhnya WAKTU REHAT secara berfaedah seperti berikut :-

3.2.1 Cukup masa untuk membeli dan menjamu selera

3.2.2 Berinteraksi dengan kawan-kawan

3.2.3 Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya

3.2.4 Mendapatkan maklumat atau bahan-bahan dari Pusat Sumber

3.3 Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti :-

3.3.1 Pemeriksaan Mata

3.3.2 Pemeriksaan Gigi

3.3.3 Pemeriksaan Kuku dan Rambut

3.3.4 Pemeriksaan Kesihatan oleh Unit Kesihatan Sekolah

3.4 Mempastikan pengurusan kantin dan persekitaran sekolah sentiasa bersih.

3.4.1 Pekerja kantin mendapatkan suntikan dari Jabatan Kesihatan

3.4.2 Jenis-jenis jualan di kantin adalah berkhasiat dan berkualiti

3.4.3 Penyediaan makanan adalah secara masak sendiri

3.4.4 Tong-tong sampah disediakan mencukupi keperluan

3.5 Mewujudkan tabiat sukakan kebersihan melalui aktiviti berikut :-

3.5.1 Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas

3.5.2 Gotong-royong

3.5.3 Mengutip sampah dan masukkan ke tong sampah secara spontan bila menjumpainya.

4. Mempertingkatkan Peranan Guru-guru

4.1 Guru perlu sentiasa memberikan layanan yang adil kepada semua pelajar dalam sebarang tindakan yang diambil.

4.2 Tindakan-tindakan guru adalah dalam konsep MENDIDIK bukan MENGHUKUM.

4.3 Semua guru perlu memainkan peranan sebagai GURU DISIPLIN.

No comments: