Saturday, April 30, 2011

DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


DASAR 1 :

TENAGA PENGAJAR

1.1 Semua guru dan kakitangan disekolah ini adalah merupakan ibubapa kedua kepada semua pelajar.

1.2 Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan pelajar dalam semua bentuk dan aspek tindakan dan keputusan yang dibuat.

1.3 Semua guru perlu melayan semua pelajar dengan adil, saksama, bertimbang rasa dan kasih sayang.

DASAR 2 :

KEMASUKAN PELAJAR

2.1 Sekolah ini menerima kemasukan pelajar dari pelbagai kaum, tanpa sekatan.

2.2 Setiap pelajar disekolah ini akan didaftarkan ke dalam buku rekod pendaftaran.

2.3 Setiap pelajar akan ditempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi akademik. 2.4 Setiap pelajar diwajibkan memiliki sebuah buku “Peraturan Sekolah” pada setiap masa. 2.5 Setiap pelajar dikehendaki hadir pada hari “Pendaftaran Sekolah”.

DASAR 3 :

DISIPLIN PELAJAR

3.1 Pelajar yang sering atau selalu melanggar “Peraturan Sekolah” akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin.

3.2 Ibubapa atau penjaga pelajar yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin akan dipanggil untuk hadir ke sekolah.

3.3 Sekolah akan mengamalkan pendekatan “Nasihat dan Bimbingan” dalam menangani permasalahan disiplin.

3.4 Ibubapa atau penjaga, pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab diperlukan menulis surat kepada Guru Kelas.

DASAR 4 :

KESELAMATAN PELAJAR

4.1 Keselamatan pelajar akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah dari jam 7.00 pagi hingga tamat sesi persekolahan. 4.2 Semua pelajar akan dilindungi dengan Skim Insuran Takaful.

DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

DASAR 5 :

KESIHATAN PELAJAR

5.1 Sekolah akan mempastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa baik melalui program-program yang dirancang seperti :-

  • Ø Pemeriksaan Gigi dan Mata
  • Pemeriksaan Kesihatan Sekolah
  • Ø Program RMT
  • Ø Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan
  • Ø Ceramah dan kempen

5.2 Kebenaran diberikan kepada penjaga untuk membawa pelajar-pelajar yang sakit mendapatkan rawatan di hospital.

5.3 Pelajar yang sakit semasa berada di sekolah akan diberikan rawatan dan penjagaan yang sempurna di bilik rawatan. Penjaga akan dihubungi.

5.4 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa menghubungi penjaga terlebih dahulu, terhadap kes-kes kecemasan yang kronik.

5.5 Pemeriksaan kesihatan seperti rambut, kuku dan sebagainya akan sering dilaksanakan.

5.6 Pihak sekolah akan berusaha membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah kesihatan.

DASAR 6 :

KEBAJIKAN PELAJAR

6.1 Pelajar-pelajar yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk diperingkat sekolah.

6.2 Pihak sekolah akan sentiasa bermurah hati membuka pintu kepada mana-mana individu, kumpulan yang ingin memberikan apa jua bentuk bantuan kepada pelajar di sekolah ini.

6.3 Pihak sekolah tidak akan menghebahkan kepada mana-mana pihak dalam apa jua bentuk hebahan terhadap sebarang keburukan setiap individu pelajar di sekolah ini.

6.4 Pihak sekolah akan cuba membantu pelajar-pelajar yang cemerlang untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik di tempat belajar yang lebih sempurna.

MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DAN SAHSIAH PELAJAR

Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah dan komitmen murid-muridnya. Sehubungan dengan itu, Pengurusan Hal Ehwal Murid dan Sahsiah Pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Jana telah menetapkan beberapa matlamat yang perlu dan hendak dicapai. Matlamat-matlamat tersebut adalah :-

  1. Mempastikan pelajar di sekolah ini mempunyai data maklumat peribadi yang lengkap dan kemaskini.
  2. Mempastikan pelajar di sekolah ini sentiasa mematuhi Peraturan Sekolah.
  3. Mempastikan pelajar sekolah ini mengamalkan “Budaya Hidup Sihat”.
  4. Mempastikan pelajar sekolah ini mendapat layanan yang adil dan seimbang dari guru-guru.
  5. Mempastikan pelajar sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral seperti berikut :-
    1. Ponteng Sekolah
    2. Merokok
    3. Terlibat Dalam Pergaduhan
    4. Kelakuan Lucah
    5. Kurang Ajar atau Biadap
    6. Merosakkan Harta Awam
  6. Memastikan pelajar sekolah ini yang bermasalah ekonomi dan pembelajaran mendapat bantuan dan pertolongan yang sewajarnya.
  7. Berusaha menerapkan nilai-nilai murid melalui pelbagai aktiviti yang dirancangkan oleh sekolah.
  8. Mempastikan pelajar sekolah ini sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta sekolah.
  9. Menggalakkan pelajar sekolah ini sentiasa berusaha menjaga dan menaikkan nama sekolah.

2 comments:

Cempaka322 said...

Terima kasih...saya guna ya...

Unknown said...

Terima kasih atas info yg diberi