Saturday, April 30, 2011

STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT


STRATEGIK PENGURUSAN KOKURIKULUM

1. Agihan Tugas Tenaga Pengajar

1.1 Semua guru diberikan tugas dan tanggungjawab untuk mengendalikan ketiga-tiga bidang kokurikulum berikut :-

1.1.1 Sukan dan Permainan

1.1.2 Bdan Beruniform

1.1.3 Persatuan / Kelab

1.2 Buku Panduan Pelaksanaan Kokurikulum diberikan kepada semua guru untuk melaksanakan aktiviti.

1.3 Guru digalakkan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai sesuatu aktiviti melalui :-

1.3.1 menyertai kursus-kursus

1.3.2 penglibatan aktif dalam sesuatu kegiatan

2. Penyertaan Murid

2.1 Semua murid tahap dua diwajibkan memilih satu aktiviti dari setiap bidang kegiatan kokurikulum yang ditawarkan berikut :-

2.1.1 Bidang Sukan dan Permainan

2.1.2 Bidang Beruniform

2.1.3 Bidang Persatuan / Kelab

2.2 Semua murid diberikan pilihan untuk menyertai mana-mana aktiviti permainan dan persatuan yang ditawarkan kepada mereka.

2.3 Semua murid perlu memilih satu sahaja aktiviti Kegiatan Beruniform. Pilihan ini kekal sehingga tamat persekolahan rendah.

2.4 Murid-murid boleh juga melibatkan diri menyertai Pasukan Sekolah dalam mana-mana aktiviti Sukan, Beruniform dan Persatuan tanpa had.

2.5 Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum ini akan dimasukkan ke dalam Rekod Pelaporan Murid.

No comments: