Saturday, April 30, 2011

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM


PENDAHULUAN

Kurikulum merupakan nadi penentu ke arah kewujudan sesebuah institusi pendidikan. Pengurusan Kurikulum yang mantap dan bersistematik menjamin peningkatan prestasi akademik sesebuah sekolah. Dasar Kurikulum yang jelas akan membantu sekolah mencapai objektif dan matlamat penubuhannya.

DASAR 1 :

TENAGA PENGAJAR

1.1 Semua guru diberikan tugas mengajar mengikut keutamaan seperti berikut :-

  • Opsyen pengkh-ususan mereka.
  • Pengetahuan dan kepakaran.
  • Pengalaman bertugas.

1.2 Semua guru diberikan tugas mengajar tidak lebih dari 3 mata pelajaran berikut :-

  • Mata pelajaran opsyen
  • Dua mata pelajaran elektif

1.3 Semua guru diberikan peluang mengikuti pelbagai program dan aktiviti bertujuan mempertingkatkan tahap :-

  • Kelayakan akademik dan ikhtisas
  • Pengetahuan
  • Pengalaman
  • Kemahiran

1.4 Semua guru dibenar dan digalak melaksanakan apajua pendekatan proses pengajaran & pembelajaran yang boleh meningkatkan :-

  • Minat pelajar
  • Pencapaian pelajar

1.5 Semua guru digalakkan mencipta inovasi-inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui :-

  • Idea-idea individu
  • Idea-idea rakan sejawat atau kumpulan-kumpulan lain.

DASAR 2 :

PENEMPATAN PELAJAR

2.1 Semua murid diwajibkan mempelajari semua mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah.

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

2.2 Semua pelajar Tahun Satu akan ditempatkan ke kelas-kelas secara rambang tetapi seimbang dari aspek :-

  • Jantina
  • Bangsa dan agama

2.3 Semua pelajar Tahun Dua hingga Tahun Lima akan ditempatkan ke kelas seperti berikut :-

  • Kelas pertama bagi pelajar yang mempunyai potensi yang tinggi menghasilkan kecemerlangan, berdasarkan pencapaian Penilaian Akhir Tahun sebelumnya.
  • Kelas-kelas berikutnya bagi menempatkan pelajar secara seimbang yang mempunyai tahap potensi baik, sederhana dan kritikal. Namun demikian kes-kes berkaitan perbezaan pengambilan mata pelajaran Moral dan Agama juga diambil kira.

2.4 Semua pelajar Tahun 6 yang terlibat dengan Peperiksaan Awam ditempatkan ke kelas mengikut criteria :-

  • Kelas Projek Kecemerlangan bagi pelajar yang cemerlang dan potensi cemerlang. ( Ke arah Pencapaian Kualiti )
  • Kelas Projek Sumbangan bagi pelajar yang berprestasi baik dan sederhana. ( Ke arah Pencapaian Kuantiti )
  • Kelas Projek Harapan bagi pelajar yang berprestasi lemah dan kritikal. ( Dipulihkan untuk membantu pencapaian kuantiti )

2.5 Semua pelajar yang baru bertukar masuk dari sekolah lain akan ditempatkan ke kelas berdasarkan kriteria berikut :-

  • Pencapaian akademiknya
  • Keseimbangan jantina dalam sesuatu kelas
  • Keseimbangan jumlah pelajar dalam sesuatu kelas

DASAR 3 :

PENEMPATAN GURU DISESUATU KELAS

3.1 Pentadbir sekolah berhak mengaturkan senarai tugas mengajar bagi setiap guru berdasarkan kriteria berikut :-

  • Keperluan strategi sekolah
  • Kepakaran yang dimiliki setiap guru
  • Pengalaman mengajar setiap guru
  • Minat atau permintaan seseorang guru
DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

DASAR 4 :

PENYEDIAAN BUKU REKOD MENGAJAR

4.1 Semua guru diwajibkan menyediakan buku rekod mengajar secara teliti dan terkini, meliputi perkara berikut :-

  • Butiran Peribadi
  • Rancangan Pengajaran Tahunan
  • Rancangan Pengajaran Harian
  • Senarai Buku Rujukan
  • Senarai Nama Pelajar
  • Maklumat Aktiviti Penilaian
4.2 Rancangan Pengajaran Tahunan perlu disediakan mengikut kriteria berikut :-
  • Hendaklah ditaip.
  • Disediakan mengikut format ( Minggu / Tajuk / Objektif / Kemahiran / Catatan ).
  • Disediakan secara berperingkat mengikut Penggal Persekolahan
  • Sesi penggal pertama perlu disediakan sebelum minggu ketiga bulan Januari.
  • Diserahkan kepada Guru Besar untuk pengesahan.
  • Sesi penggal kedua perlu disediakan pada minggu ketiga bulan April. Diserahkan kepada Guru Besa untuk pengesahan.
4.3 Rancangan Pengajaran Harian perlu ditulis setiap hari pembelajaran mengikut kriteria :-
  • Nyatakan kelas, masa dan mata pelajaran
  • Nyatakan tajuk, objektif pembelajaran pada hari berkenaan, kemahiran dan aktiviti
  • Tuliskan Refleksi pada setiap sessi pengajaran dan pembelajaran
4.4 Penyerahan Buku Rekod Mengajar ke pejabat adalah seperti berikut :-
  • Pada setiap hari Jumaat
  • Sekiranya guru berkursus melebihi 3 hari
  • Menggantikan kelas, guru perlu lekatkan slip jadual pengganti ke dalam buku rekodnya

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

DASAR 5 :

LATIHAN MURID

5.1 Semua murid dikehendaki menggunakan buku latihan yang seragam, yang boleh diperolehi dari :-

  • Kedai Koperasi Sekolah
  • Dibalut dengan pembalut plastik
  • Ditulis nama, kelas dan mata pelajaran
  • Tidak diconteng atau ditampal dengan pelbagai stiker
5.2 Setiap murid perlu mempunyai 3 buah buku latihan pada sesuatu masa, bagi setiap mata pelajaran utama berikut :-
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Agama Islam / Moral
5.3 Murid perlu menuliskan perkara berikut setiap kali membuat latihan bertulis :-
  • Hari ( Dalam Bahasa Melayu dan Inggeris )
  • Tarikh ( Dengan lengkap dan kalendar Islam )
  • Arahan Latihan
5.4 Pemberian latihan kepada murid perlulah mengikut kriteria berikut:-
  • Setiap kali sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku
  • Bilangan yang munasabah dengan kemampuan pelajar
  • Kepelbagaian bentuk dan format latihan
  • Berkaitan dengan kemahiran dan tajuk pada hari berkenaan
  • Latihan Kerja Rumah sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi setiap mata pelajaran utama
  • Latihan dalam lembaran kerja perlu ditampal ke dalam buku latihan pelajar
DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

DASAR 5 :

LATIHAN MURID

5.5 Pemeriksaan Latihan Murid perlu dilaksanakan oleh setiap guru mengikut garis panduan berikut :-

  • Setiap kali latihan diberikan dengan kadar segera
  • Diperiksa dengan teliti
  • Dibetulkan oleh guru bagi setiap jawapan yang salah
  • Diberikan komen yang membina
  • Dipastikan murid membuat pembetulan sebelum latihan baru diberikan
  • Dicatitkan tarikh pemeriksaan
  • Buku latihan murid perlu dihantar ke pejabat pada setiap 3 bulan untuk pengesahan Guru Besar atau Guru Kanan
5.6 Penggunaan Buku Kerja Tambahan perlu memenuhi syarat berikut:-
  • Mendapat kelulusan dan kebenaran khas dari Guru Besar
  • Kepada pelajar-pelajar tahap pencapaian Cemerlang sahaja
DASAR 6 :

PENILAIAN

6.1 Penilaian secara formatif dilaksanakan mengikut standard dan system seperti berikut :-

  • Ujian 1 dilaksanakan pada bulan Mac ( Meletakkan Target )
  • Ujian 2 dilaksanakan pada bulan Mei / Jun ( Pertengahan Tahun )
  • Ujian 3 dilaksanakan pada bulan Ogos
  • Ujian 4 dilaksanakan pada bulan Oktober
  • Setiap pelajar akan diberikan peluang menetapan sasaran pencapaian mereka bagi setiap mata pelajaran utama
  • Pencapaian dalam Ujian 1 dan Ujian 3 akan diambil kira bagi tujuan pelaporan prestasi Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun
6.2 Penilaian-penilaian lain akan dilaksanakan secara berterusan melalui kaedah berikut :-
  • Pemerhatian
  • Penghasilan Kerja Buku Latihan
DASAR 7 :

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

7.1 Program Enam Tahun Kecemerlangan Akademik perlu dirangka bagi setiap kategori berikut :

  • Bermula dari Tahun Satu hingga Tahun Enam
  • Bagi setiap mata pelajaran utama
  • Meliputi aspek TOV, Sasaran dan Pencapaian Sebenar
  • Diwujudkan fail bagi setiap kelas
7.2 Program Jangka Panjang dan Jangka Pendek perlu disediakan oleh setiap Panitia Mata Pelajaran Utama, yang merangkumi perkara berikut :
  • Matlamat dan Objektif
  • Sasaran Pencapaian dari aspek Kuantiti dan Kualiti
  • Huraian Projek / Aktiviti Utama dan Sokongan
  • Analisis Pencapaian
  • Post Mortem dan Penambahbaikan

DASAR 8 :

PENGANUGERAHAN DAN PENGHARGAAN

8.1 Anugerah Kecemerlangan Akademik diberikan kepada 5 orang pelajar bagi setiap kelas berdasarkan pencapaian mata pelajaran utama.

8.2 Anugerah Kecemerlangan Kurikulum diberikan kepada 1 orang pelajar terbaik secara keseluruhan bagi setiap aliran.

8.3 Anugerah Kecemerlangan Mata Pelajaran diberikan kepada 2 orang pelajar yang mendapat markah purata tinggi bagi setiap mata pelajaran utama.

8.4 Anugerah Galakkan Akademik diberikan kepada 5 orang pelajar yang menunjukkan peningkatan prestasi yang memberangsangkan.

8.5 Anugerah Kecemerlangan Sukan diberikan kepada 2 orang pelajar yang mencapai pencapaian tertinggi dalam pernyataan aktiviti sukan.

8.6 Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum diberikan kepada 2 orang pelajar yang aktif dalam aktiviti persatuan dan beruniform.

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

DASAR 8 :

PENGANUGERAHAN DAN PENGHARGAAN

8.7 Anugerah Kecemerlangan Ko Akademik diberikan kepada 2 orang pelajar atau pasukan yang mencapai tahap tertinggi ( peringkat negeri atau kebangsaan ).

8.8 Anugerah Kecemerlangan Sahsiah diberikan kepada 2 orang pelajar yang mempunyai kriteria berikut :-

  1. Disiplin yang tinggi
  2. Berbudi bahasa
  3. Rajin ke sekolah
  4. Berketrampilan sebagai pemimpin
8.9 Anugerah Khas Bestari diberikan kepada setiap pelajar yang memperolehi keputusan Cemerlang dalam Peperiksaan Awam ( UPSR ). 8.10 Sijil Penghargaan akan diberikan kepada individu-individu berikut:-
  1. Semua Penerima Anugerah
  2. Pengawas Sekolah yang akan meninggalkan alam persekolahan rendah
  3. Pengawas Pusat Sumber yang akan meninggalkan alam persekolahan rendah
  4. Ketua Kelas yang akan meninggalkan alam persekolahan rendah
  5. Guru-guru, staf sokongan yang menaburkan bakti cemerlang
8.11 Hari Anugerah Kecemerlangan diadakan pada bulan Januari setiap tahun.

MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN KURIKULUM

Pengurusan Kurikulum Sekolah Kebangsaan ................. telahpun menggariskan beberapa matlamat yang perlu dan hendak dicapai. Matlamat-matlamat berikut adalah :-

  1. Penguasaan Kemahiran Asas dalam semua mata pelajran diakhir persekolahan Tahap Satu.
  2. Pelajar berkebolehan menggunakan kemahiran belajar yang didedahkan bagi memenuhi keperluan pencarian ilmu.
  3. Menguasai seberapa banyak perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris diakhir Tahap Satu.
  4. Menguasai sifir dengan baik diakhir Pembelajaran Tahap Satu.
  5. Menunjukkan peningkatan pencapaian dalam peperiksaan bermula dari tahun empat bagi semua mata pelajaran utama ( Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains ).
  6. Mencatatkan keputusan dalam peperiksaan awam ( UPSR ) seperti berikut :-
    • 80% Lulus Keseluruhan ( Semua Mata pelajaran ) pada setiap tahun.
    • 20% Bilangan pelajar yang mendapat 5A setiap tahun.
      7. Tiada murid yang bermasalah Buta 3M diakhir Tahun 3. 8. Semua murid lulus Penilaian Asas Fardhu Ain ( PAFA ) dan Penilaian Kerja Amali.

1 comment:

dzi said...

selamat pagi... ada tak yg dasar ni dalam powerpoints?