Saturday, April 30, 2011

ASAS-ASAS PERANCANGAN STRATEGIK


1. Kekuatan

  1. Sekolah mempunyai kemudahan fizikal yang mencukupi bagi melaksanakan program-program yang melibatkan bilangan murid yang ramai.
  2. 95% tenaga pengajar sekolah ini tinggal berhampiran dengan kawasan sekolah. Kesemua dari kalangan mereka merupakan generasi pendidik yang bermotivasi tinggi dan berusia diawal 40an.
  3. Hampir 100% pelajar sekolah ini tinggal dikawasan perumahan bertaraf sederhana yang ada disekeliling kawasan sekolah.
  4. Kebanyakan ibubapa penjaga murid sekolah ini mempunyai latar belakang pendidikan yang sederhana dan tahap sosio-ekonomi yang baik.
2. Kelemahan

2.1 Pentadbir dan Tenaga Pengajar sekolah ini mempunyai kurang pengalaman dari aspek pengajaran dan pembelajaran kerana ramai dikalangan mereka baru menceburi dunia pendidikan.

2.2 Murid-murid sekolah ini kurang mempunyai kemahiran dalam pelbagai aspek pembelajaran, seperti kurang memahami Bahasa Inggeris.

3. Peluang

3.1 Tahap pencapaian akademik sekolah ini, InsyaAllah boleh dipertingkatkan dari masa ke semasa, sekiranya ada program yang terancang dan bersistematik.

3.2 Pihak Pentadbiran dengan kerjasama yang erat dan padu dari tenaga pengajar mampu menghasilkan kejayaan yang cemerlang, berdasarkan pencapaian sedia ada pelajar-pelajar ini tidaklah terlalu kritikal.

4. Halangan

4.1 Tenaga Pengajar yang kurang, mengikut keperluan opsyen. Pentadbiran tidak mampu menyusun agihan tugas mengajar sepertimana yang diperlukan.

4.2 Penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti luar, yang boleh mengganggu penumpuan atau penyertaan pelajar dalam aktiviti atau program-program sekolah.

4.3 Faktor kewangan, dimana sekolah terpaksa membelanjakan separuh daripada peruntukan LPBT bagi menampung bayaran bil-bil letrik dan air yang tinggi, disebabkan kepincangan sistem pendawaian letrik.

No comments: